Warghhhh!!!! cik violet diserang penyakit teruja tahap melampau.. Bebudak nk amik result pekse pon x teruja cam cik violet.. hahahha asal ek?
Hmm sbnrnye cik violet lavender ni teruja sbb novel2 fav dah pon disiarkan di TV..
(i) Memula,, Trilogi cinta.. adaptasi 3 novel ni
Bersiaran di TV1 setiap Ahad, Isnin n Selasa jam 10pm.. Mula2 tau ade cite ni,, fuh..!! excited tak terkata.. mase tu x sbr i nk tau siapa jadi Razif, Norjinah n Salmi.. but bila tgk iklan,, hm.. nmpaknye krew2 drama ni dah pilih pelakon yg tepat n sesuai tuk setiap watak tu..
Razif,, suami yg cool, penyayang n sgt penyabar.. jeng jeng jeng.. Rosyam Nor orgnya.. mmg sesuai..!!
Norjinah,, gadis kg yg naif dan lemah lembut --> Fauziah Ghous.. sesuai,,sesuai..!!
n Salmi.. wanita moden, hidup dlm kemewahan n sentiasa mencari keseronokan hingga sanggup curang terhadap suami n mengabaikan anak2.. Amyza Adznan.. not bad.. sesuai jugak!!
Skrg ni asyk menunggu mlm Ahad, Isnin n Selasa je,, nk tgk cite tu.. hehehhe.. memula hubby ckp "da tau cite tu camne, da bace novel, xyah la tgk kat tv dah" then i kate "cite ni best.. nk jugak tgk tv series" n hubby jwb "ala best camne pon,, smua cite same je". Hubby xde pilihan, tiga mlm tu tpaksa spend tuk tgk cite tu ngan i.. Tp yg klakanye,, Rabu mlm tu i ade meeting. Balik dr meeting da kul 11. Hubby tye "apesal td xde pon cite Norjinah tu" hahhahaha hubby pon suke.. Ssh hubby nk suke drama melayu sambung2 camtu..
Ok2.. smbung cite balik.. cite ni sgt best.. sgt mendera emosi masa bace novel tu.. I'ts so special.. thats why i agak excited nk tgk smua episod kat dlm TV.. stakat episod yg dah disiarkan ni,, i berpuas hati.. hampir smua babak yg diceritakan dlm novel,, ade dlm drama tu. Cuma ade sedikit pengolahan dibuat utk mengikuti pkembangan semasa. Novel Tak Seindah Mimpi diterbitkan awal 90-an.. Masa tu handphone tak lg digunakan secara meluas mcm skrg ni or dlm kata lain, zaman tu kurang moden la, x mcm skrg. Tp utk mengikuti pkembangan semasa n memudahkan penyampaian cerita, drama Trilogi Cinta tak mengisarkan zaman tu.. Kisah tu seolah2 berlaku pada zaman sekarang di mana telefon bimbit bukan lagi barang yg mgambarkan kemewahan dan turut dimiliki olh remaja-remaja kampung spt Norjinah, Kartni n Norseha. Wlupun berlainan ceritanya dgn novel, but it's not menjejaskan jalan cerita.. so ok lah..!!
I tak sabar nk tunggu cite ni abis.. eh,eh, bkn nk cite ni abis.. but i tgk smua episod cpt2.. hehe.. giler excited..!!
Antara preview tuk drama ni:
Oops... bg yg x penah baca novel2 ni.. mungkin agak tertanya2.. siapa Salmi n siapa Norjinah.. Razif??? haruslah heronya.. hehehhe
Salmi merupakan isteri Razif. Bosan dengan alam rumah tangganya dgn Razif, Salmi tega mencari keseronokan di luar dan menjalinkan hubungan dengan Amir (ops,, sorry hubby,, nama u kat watak jahat.. kehkehkeh) yg diyakini mampu mberikannya kebahagiaan. Salmi berusaha utk mendapatkan talak drpd Razif tuk mbolehkannya hidup bersama Amir.. Tiada secebis pun sisa cinta utk Razif dan kasih utk anak2 (Balkis dan Amira)
Norjinah, seorang gadis kampung yg sedang menunggu keputusan SPM. Kehormatannya diragut oleh Malek, pemuda nakal (bkn nakal dah ni,, keparat) di kampungnya. Pak Badar, bapa tiri yg sgt membenci Norjinah mahu kahwinkan Norjinah dgn Malek sbg balasan utk bbrp ekor lembu yg diberi olh ketua kg a.k.a bapa Malek padanya. Mak Nab, ibu kandung Norjinah yg risau akan nasib Norjinah meminta Norjinah lari tinggalkan kampung. Dari situlah bermula kehidupan baru Norjinah sbg org gaji di rumah Razif, yg merupakan rakan karib abangnya, Anuar.
Norjinah menguruskan kerja-kerja rumah dan anak2 Razif dgn baik. Kasih sayang dan perhatian yang diberikan mbuatkan anak2 Razif sgt selesa dan menyayangi Norjinah lebih dr ibu kandung mereka, Salmi. Namun, kehadiran Norjinah tidak disenangi oleh ibu Razif, Pn Aida.
Lepas tu, biasalah.. Haruslah terbit jugak sikit2 rasa cinta antara Razif dan Norjinah.. Tapi.. tak semua tu mudah dan terlalu indah seperti mimpi mereka (wah,, dramatis lah pulak ayat cik violet). Salmi kemalangan dan lumpuh. Keadaan dirinya yg tidak lagi sempurna tu myebabkan Amir menyisihnya. Kesempatan ini diambil oleh Razif utk mengembalikan Salmi ke rumahnya dan membina semula rumah tangga mereka yg hampir runtuh. Kekurangan Salmi menyebabkan khidmat Norjinah terus diperlukan di rumah besar itu. Namun, bagaimana kehidupan mereka di bawah satu bumbung selepas itu????? Saksikan sendiri wahai teman2..
Alamak.. promotelah pulak.. asalnye nk cite watak2 je tadi.. hehheheh
(ii) Blum reda dr demam Trilogi Cinta,, perasaan terasa di awang-awangan plak tgh hr td bila nmpak iklan cite 'Pesona Rindu'.. Adaptasi dr novel Pesona Rindu.. waaaaaaaa ni antara novel yg membuat i kegilaan spjg tempoh bacaan.. huaaaaa..!! Giler dah aku nih!! HOHOHO!! Yg ni plak bersiaran Ahad, 3pm TV1.. hm risiko tu utk takleh tgk.. maklumla.. siang2 hr minggu biasenye takde kat uma.. giler.. dahla citer ni tahap gaban.. mesti tgk jugak neh!!
juga karya Sh Abu Salem..
Yg ni tak sure lg sape bwk watak Najmah, Fazlan n Darina.. so i juz nk cite watak2 a.k.a promote skalilah yer..
Darina isteri pertama Fazlan, obses dgn impiannya dan tinggalkan suami selama 5 thn utk mengejar cita2nya di London. Semasa ketiadaan Darina, Fazlan tlh mengahwini Najmah, kwn baik Darina dan mendapat seorg anak lelaki, Hakimi. Rumah tangganya dgn Najmah jauh lbh membahgiakannya berbanding Darina. Malah org tuanya, Datuk Shauki dan Datin Saidah menyayangi Najmah lebih dr Darina. Konflik bermula apabila Darina pulang ke Malaysia dan mereka harus berlakon utk merahsiakan perkahwinan Fazlan dgn Najmah..
Cite ni sgt menyentuh hati sbb yelah, melibatkan kongsi2 suami ni.. but penulis ni sgtlah hebat, sbb penulisannya mbuatkan i bersikap agak pelik - suka Najmah as isteri kedua or mungkin org kata sbg perampas suami org.. well, i rase pembaca lain pon suka Najmah kan,, kan,, hehehhe..
Hm yg ni tatau la leh tgk smua episod ke tak.. but.. sgt berharap.. Dah lama i mbayangkan cite ni kat tv.. hehehhe..
Violet: kalu cite Aku Cinta Dia kuar,, tatau lah gila tahap mane lak nanti ^_^
No comments:
Post a Comment
comment: